Kebetulan pula, seorang dari Johor dan seorang lagi dari Selangor.
Exco Kerajaan Negeri Selangor yang juga ADUN PAS Chempaka, Iskandar Abdul Samad
ketika mengagihkan angpau di hadapan sebuah gerai menjual daging babi di Perlis.
Yang ini pula aksi Rosalan Mamat, Pengerusi PAS bahagian Mersing, Johor ketika
beliau mengedarkan angpau, limau dan kad tahun baru di sebuah pasar menjual
daging babi di Mersing.
Nampak terdesak benar PAS mahu mencari undi.
Bergelumang dengan daging babi pun bergelumanglah.
Bila dah hulur ang pow...sudah tentu ada sesi bersalam-salaman dengan sang penjual. Dan tapak kasut pun sudah tertentu terpijak sisa-sisa daging dan air babi.
Tapi tak mengapa...kita bersangka baik sajalah. Mungkin selepas melangkah sahaja keluar dari tempat itu, kedua-dua makhluk dari parti yang amat terdesak untuk mendapat undi ini terus menyamak tangan dan kasut mereka.
Cuma bila dilihat gambar mereka yang amat mesra daging babi ini...Horas! terfikir...angkara puak manalah agaknya hingga kepala babi sanggup diletakkan dihadapan pintu utama sebuah masjid di Johor dulu.
Dan angkara puak mana pula sehingga perkara yang sama turut berlaku disebuah masjid di Selangor baru-baru ini.
Entahlah!
Mungkin angkara puak yang 'ini'. Atau mungkin juga angkata puak yang 'itu'.
Maklumlah...kedua-dua puak tersebut kan rakan karib dan saling sayang menyayangi serta sokong menyokong diantara satu sama lain.
Tak baik sebenarnya menuduh tanpa bukti...tambahan pula perangai Horas! bukan macam kebanyakan pemimpin DAP, PAS dan PKR yang suka mengada-ngadakan cerita serta menuduh tanpa bukti.
Tapi entah mengapa, rasa syak itu semakin menebal pulak dalam hati ni.
Tapi entah mengapa, rasa syak itu semakin menebal pulak dalam hati ni.