Masjid Taman Rakan
Semalam, sekumpulan wanita di Taman Rakan, Sungai Long mahu mengadakan Maulud Nabi dimasjid kariah mereka. Sambil itu mereka mahu raikan juga 50 warga emas yang tinggal dikawasan sekitar.
Program ini sudah lama dirancang dan diatur. Segala keperluan dan kelengkapan sudah disiapkan. Malah 50 warga emas yang hajatnya mahu diraikan itu sudah pun dikumpulkan.
Tapi disaat-saat akhir program tersebut akan dijalankan, tiba-tiba tampil pengurusan masjid Taman Rakan menghalangnya. Tanpa timbangrasa dan tanpa sedikitpun budibicara mereka bertegas tidak membenarkan masjid tersebut digunakan.
Alasan maha kayu yang mereka gunakan...program tersebut berbaur politik. Memualkan sungguh!
Inilah politik sempit dan dungu PAS. Mereka memandang semua perkara itu adalah politik dan kerana politik.
....anjurkan Maulud Nabi, ohhhh! itu politik
....beramah mesra dan raikan warga emas, ohhhh! itu politik juga.
Tapi bila seorang amoi DAP yang tidak menutup aurat dan berkebaya ketat datang berceramah disurau sambil menghulurkan sumbangan, bukan politik pula kata mereka. Dan seribu satu alasan mereka gunakan untuk menghalalkan apa yang telah mereka lakukan itu.
Teo Nie Ching di Surau Al-Huda Kajang
Kepada kumpulan wanita di Sungai Long yang dihalang menggunakan masjid untuk menjalankan program mereka semalam...janganlah bersedih, kecewa atau patah hati. Anggaplah itu satu dugaan. Untuk melaksanakan sesuatu yang baik dan terpuji seperti itu bukan mudah. Pasti akan ada halangan dan dugaannya.
Pada yang menghalang, ingatlah...Allah itu Maha Adil. Setiap perbuatan pasti akan ada balasannya. Jika tidak dengan kadar segera, lambat laun pasti akan sampai juga balasannya kepada anda semua.
Harap ahli parlimen PAS Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat, pandang serius isu yang berlaku di Masjid Sungai Long ini. Jangan sekadar menutup mata dengan sikap buruk pihak-pihak yang menguruskan masjid atau surau di Hulu Langat ini.
Ingat! itu rumah Allah...bukan rumah PAS.