Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Sunday, February 5, 2012

Diantara Yang Mahu Mempertahankan Putrajaya Dan Yang Mahu Merampasnya, Pihak Mana Yang Amat Terdesak Sebenarnya?



Kata Tuan Ibrahim Tuan Man diharakahdaily.net semalam...UMNO dan Barisan Nasional (BN) begitu terdesak mahu mempertahankan Putrajaya pada PRU13.

Apa buktinya?

Inilah bukti yang dikemukakan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat bagi menyokong dakwaannya itu;

Pertama...isu-isu perkauman cuba dicetuskan dengan didalangi pihak tertentu bagi menakut-nakutkan rakyat termasuk meletak kepala babi di masjid. 

Kedua...rumah pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat disimbah cat merah dan ada unsur khianat sehingga sanggup membakar rumah.

Walaupun tiada bukti langsung yang menunjukkan UMNO mahupun BN terlibat dalam dua isu yang disebutkan oleh Tuan Ibrahim itu selain ianya juga nampak agak bodoh lagi bangang...tapi tidak mengapalah, kita layan sahaja dulu imaginasi dan khayalan beliau.. 

Lagi pun kita kena faham, kerusi Ketua Penerangan PAS Pusat memang berpuaka. Sesiapa yang duduk dikerusi berkenaan boleh mengalami sindrom kebodohan melantun dan bertingkat-tingkat tanpa mereka sedari. 

Kalau rakan-rakan pembaca sekalian tidak percaya...lihat saja pada kebodohan yang pernah ditunjukkan oleh Idris Ahamd sepanjang beliau duduk dikerusi berkenaan sebelum ini. Bukan sedikit dan bukan kecil-kecil anak kenyataan-kenyatan dungu yang pernah dibuatnya.

Berbalik kepada tajuk diatas, pada pendapat Horas!...kenyataan yang dibuat oleh Tuan Ibrahim bahawa UMNO/BN kini amat terdesak mahu mempertahankan Putrajaya tidak lebih dari sekadar satu usaha untuk menyedapkan hati penyokong Pakatan Rakyat (termasuklah dirinya sendiri).

Dia tahu, dengan pelbagai isu dalaman yang melanda PKR, PAS dan DAP kebelakangan ini, kebanyakan penyokong Pakatan Rakyat kini semakin tawar hati dan tidak yakin yang Pakatan akan mampu merampas dan menawan Putrajaya dari UMNO/BN dalam PRU13 nanti.

Itu belum diambil kira atau ditambah dengan kegagalan Pakatan Rakyat mengurus tadbir serta menangani masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat di negeri yang mereka kuasai dengan tuntas dan berkesan. 

Maka jawabnya makin senipis kulit bawang lah harapan mereka mahu menguasai Putrajaya.

Benarkah UMNO/BN sanggup melakukan apa sahaja sehingga ketahap melakukan perbuatan-perbuatan yang melangkaui kewarasan akal semata-mata kerana amat terdesak mahu mempertahankan Purajaya seperti yang dikatakan oleh Tuan Ibrahim itu?

Kalau ditannya pada Horas!...sudah tentulah jawapannya tidak sama sekali.

Buktinya....

Pemimpin-pemimpin UMNO tidaklah sampai sanggup menjual dan melelong kalimah Allah untuk dipergunakan dengan sewenang-wenangnya oleh bukan Islam.


Pemimpin-pemimpin UMNO mahupun BN tidaklah sampai ketahap mahu mengiktiraf dan memuji-muji komunis sebagai pejuang kemerdekaan semata-mata kerana mahu memenangi hati pihak-pihak tertentu.

Pemimpin-pemimpin UMNO tidaklah sampai ketahap membenar dan membiarkan ayat-ayat suci Al-Quran dan hadith-hadith Rasulullah SAW dipergunakan sewenang-wenangnya oleh pemimpin-pemimpin BN yang bukan Islam hanya kerana mahu menarik undi orang-orang Islam.

Pemimpin-pemimpin UMNO tidaklah sampai sanggup mempertahankan gereja dan dalam masa yang sama menghentam pula agensi agama Islam yang terlibat menangani isu percubaan memurtadkan umat Islam suatu ketika dahulu.

Pemimpin-pemimpin UMNO tidaklah sampai melarang dan meminta ahli dan penyokongnya memulaukan program Sejuta Ummah yang dianjurkan oleh beberapa gabungan NGO semata-mata kerana mahu menjaga hati pemimpin parti komponen dalam BN yang bukan beragama Islam.

Pemimpin-pemimpin UMNO mahupun BN tidaklah sampai sanggup menyokong program Seksualiti Merdeka yang mempromosi dan memperjuangkan kebebasan seks, baik yang mengikut tabie mahu pun yang melanggar tabie semata-mata kerana mahu mendapat sokongan dari kelompok-kelompok tertentu.

Pemimpin UMNO tidaklah sampai sanggup bergelumang dengan daging babi semata-mata kerana mahu beramah mesra dan menunjukkan keprihatinan mereka kepada pengundi-pengundi bukan Islam.




Pemimpin-pemimpin UMNO dan BN tidaklah sampai sanggup menyatakan sokongan tidak berbelah bagi mereka kepada yahudi semata-mata kerana mahu meraih sokongan dari luar negara.

Banyak lagi perkara-perkara yang boleh dijadikan bukti kalau Horas! mahu menulisnya...tapi cukuplah setakat apa yang ada diatas ini dulu.

Jadi masih lagi mahu menuduh dan mengatakan UMNO atau BN amat terdesak hingga sanggup melakukan apa sahaja demi mempertahankan putrajaya? Sendiri mau ingatlah...!

Benar UMNO/BN mahu mempertahankan Putrajaya...tapi bukan dengan cara terdesak iaitu dengan melakukan kerja-kerja melangkaui waras akal yang hanya menjurus kepada menampakkan kebodohan dan kebebalan sendiri.

Kaedah UMNO/BN mempertahankan Putrajaya bukan begitu dan tidak sesekali akan jadi begitu.

UMNO/BN lebih selesa melakukannya dengan cara wajar dan terhormat. 

UMNO/BN mendekati rakyat. UMNO/BN mendengar keluh kesah serta masalah yang rakyat hadapi dan seterusnya membantu dan cuba menyelesaikan segala permasaalahan itu dengan sebaik mungkin tanpa mengira apa latar bangsa dan agama mereka.

Bukan macam kerajaan Pakatan Rakyat yang berkuasa dibeberapa negeri tu...sudahlah masalah rakyat tak berapa mahu ambil tahu, malah kalau ada apa-apa isu yang tak dapat mereka diselesaikan...mereka pakat pula tuding jari menyalahkan UMNO/BN.

Bukankah hampas namanya tu?