Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Thursday, February 2, 2012

Dia Pernah Mimpi Bertemu Rasulullah, Tapi Kasihnya Tumpah Pada Ambiga...



Yang mengaku menyayangi Ambiga ini pernah menceritakan tentang kisah mimpinya bertemu dengan Rasulullah SAW pada seorang ustaz di Markaz PAS Taman Melewar.

Horas! petik sedikit tentang kisah dia bermimpi bertemu Rasulullah itu sepertimana yang dicatat oleh ustaz berkenaan didalam blognya (g-82.blogspot.com).
Semasa aku menyampaikan kuliah maghrib; membaca kitab Al-Halal wa Al-Haram fi Al-Islam, karya Dr Yusuf Al-Qaradhawi, aku ada mengupas sedikit tentang sirah nabi dan sedikit diselit dengan perjalanan hidup dua tiga orang sahabat-sahabat nabi yang hebat-hebat. 
Rupa-rupanya, disebalik kupasanku tentang sirah dan perjalanan hidup sebilangan sahabat nabi itu, telah menyebabkan Pak Subki tersentuh, lalu berbual-bual denganku selepas selesai menunaikan solat isya’ berjemaah; diimamkan oleh aku sendiri. 
Dalam perbualan tersebut, beliau bertanya tentang nama-nama tokoh yang aku sebut dalam meriwayatkan kisah Nabi dan para sahabat. Aku hanya menjawab berdasarkan pengetahuan dan maklumat yang aku ada sahaja. 
Yang menyentuh perasaanku, apabila beliau menyatakan bahawa baru-baru ini, beliau bermimpi berjumpa dengan Nabi SAW. beliau menyatakan, beliau berjaya melihat wajah dan pakaian Nabi SAW, tetapi tidak dapat mendengar suara Nabi SAW. 
Beliau bertanya kepadaku, mengapa selepas bermimpi berjumpa dengan nabi SAW; amalan dan tindak tanduk beliau dirasakan tetap seperti dulu; tidak ada penambahan. 
Sambil berseloroh, aku menjawab ”Pak Subki memang orang baik”. 
Aku bertanya, apakah amalan Pak Subki sehingga kerinduan Pak Subki kepada rasulullah SAW sehingga Baginda SAW boleh berkunjung tiba dalam mimpi Pak Subki? 
Beliau berfikir sejenak, lalu berkata bahawa beliau sekarang sedang menulis Sirah Nabi SAW.
Aku mengangguk. Mungkin penulisan beliau itulah yang menyebabkan beliau boleh bermimpi; berjumpa dengan Nabi SAW. 
Aku berkata kepada beliau, agar sentiasa berdoa untuk kebaikanku; agar istiqamah dalam perjuangan Islam; istiqamah dalam perjuangan mendaulatkan Islam; tidak putus asa menyatakan kebenaran.

Orang yang pernah bermimpi bertemu dengan Rasulullah dalam cerita diatas ialah Subky Latif.

Pada yang tak perasan siapa Subky Latif ini...dia adalah pengasas lidah rasmi PAS, Harakah, pada tahun 1978.

Dalam politik pula dia pernah menjadi ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan pernah menjawat jawatan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan serta bertanding dalam salah satu PRU menentang mantan PM, Tun Mahathir...tapi tewas bergaya.

Kini dia adalah penulis tetap didalam salah satu kolum dalam lidah rasmi PAS, Harakah.

Berbalik pada cerita diatas, jika benarlah Subky Latif pernah bermimpi bertemu Rasulullah, secara peribadi Horas! berpendapat mimpi tersebut benar-benar tidak memberi manfaat dan kesan kepada beliau.

Mengapa Horas! berkata begitu? Jawapannya ada pada keratan akhbar Harakah dibawah.


Subky Latif menyayangi Ambiga kerana padanya wanita Hindu berkenaan kononnya adalah pejuang kebebasan rakyat. 

Bagaimana pula dengan sisi lain wanita berkenaan? Bukankah dia menyokong dan membela umat Islam yang murtad bahkan dia juga menyokong dan berjuang agar seks bebas diamalkan di negara ini.

Wajarkah wanita Hindu ini disayangi semata-mata kerana dia pejuang kebebasan rakyat sedangkan dalam masa yang sama dia cuba pula membawa kerosakan dan kehancuran kepada agama Islam? Perlu diingat...kehancuran dan kerosakan yang cuba dilakukan Ambiga kepada agama Islam itu bukan kecil-kecil anak kesannya.

Horas! ingin bertanya kepada rakan-rakan pembaca sekalian, Katakanlah Rasulullah SAW masih hidup ketika ini dan baginda pula mengetahui akan sikap melampau Ambiga yang menyokong umat Islam menjadi murtad dan mengamalkan seks bebas serta songsang...adakah baginda akan menyayangi Ambiga?

Fikir-fikirkanlah.

Pada Horas!, apa yang ada dalam kepala Subky Latif ini adalah contoh betapa bercelarunya pemikiran  totok-totok PAS.

Mereka akan menyokong dan menyayangi sesiapa atau apa saja asalkan yang disokong itu memihak dan bersetuju dengan mereka. Mereka tidak peduli apa kesannya walau ianya boleh membawa kehancuran pada agama sekalipun

Terang-terang Ambiga sokong kebebasan seks, baik yang mengikut tabie mahupun yang melanggar tabie...dia sayang Ambiga.

Terang-terang Ambiga sokong umat Islam jadi murtad...pun dia tetap sayang.

Terang-terang Ambiga mahu agama lain diberi kedudukan yang setara dan seistimewa agama Islam dinegara ini...sayangnya tetap pada Ambiga.

Pendek kata...walau apa pun yang Ambiga buat hatta sampai kepada tahap menjahanamkan agama Islam sekalipun...mungkin sayangnya pada Ambiga takkan beralih arah.

Subky Latif mungkin membuat kenyataan dia menyayangi Ambiga itu semata-mata atas kepentingan politik. Tapi perlu diingat, tulisannya itu dibaca oleh ramai pengikut-pengikut PAS diluar sana dan mereka mungkin boleh terpengaruh dengannya.

Dan jika semakin ramai juak PAS yang mengaku memperjuangkan Islam menyokong, menghormati dan menyayangi Ambiga tanpa mengambil kira dan menutup mata atas kerosakan yang dibawanya pada agama Islam...tidakkah ini akan menjadikan Ambiga semakin besar kepala?

Aduhai!, mengapalah cara politik PAS semakin menampakkan kebodohan yang melantun-lantun.