Dalam PAS, Abang Mat bukan parasit kecil-kecil anak.
Diluar PAS, Zaid Ibrahim juga bukanlah calang-calang sifat parasitnya.
Hari ini parasit dalam PAS pelawa parasit dari luar PAS bersarang didalam partinya.
Pas sedia tawar kerusi kepada Zaid
KOTA BHARU 4 Feb. - Pas bersedia menawarkan kerusi Parlimen untuk ditandingi Datuk Zaid Ibrahim bagi mewakili parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, pihaknya akan berbincang mengenai tawaran kepada Presiden Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA) itu jika ada permohonan dalam parti ataupun daripada Zaid sendiri.
sumber: utusan.com.my
Orang macam Dr Hasan Ali ditendang keluar...orang macam Zaid pula dialu-alukan untuk masuk.
Elok lah tu!
Mudah-mudahan PAS makin cepat mereput dan jahanam.
Ohh ya! pada juak-juak PAS sekalian, jangan pulak kata pelawaan Abang Mat kepada Zaid Ibrahim itu kerana konspirasi UMNO ye...!