Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Wednesday, February 29, 2012

Kebenaran Muncul Juga Akhirnya.



Hari ini Mahkamah Sesyen Shah Alam menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun keatas seorang 'ustaz' dan seorang sukarelawan yang didapati bersalah menyebabkan kematian seorang pelatih di PERKID pada tahun 2008.


Dibawah ini pula adalah keratan akhbar Harian Metro tahun tahun 2008 yang melaporkan tentang kejadian menyayat hati yang menimpa pelatih malang yang didera hingga mati itu.


Untuk pengetahuan rakan-rakan pembaca sekalian, Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor atau ringkasnya PERKID ini beroperasi di Taman Desa Sentosa, Dusun Tua, Hulu Langat.

Pada awal operasinya, semuanya berjalan lancar. Penduduk sekitar menerima kewujudan PERKID tersebut dengan hati terbuka. Maklum lah, fungsinya amat baik...iaitu untuk memperbetulkan semula remaja-remaja lelaki dan perempuan yang terlibat dengan pelbagai masalah moral agar kembali kepangkal jalan.

Perkara yang baik semestinyalah perlu disokong.Itu prinsip mudah penduduk.

Namun setelah beberapa lama beroperasi, mula tersebar cerita kononya ada kalangan penduduk yang tinggal berhampiran dengan pusat pemulihan akhlak itu kerap mendengar suara tangisan dan jeritan kesakitan seolah-olah ada seseorang yang sedang didera dan diseksa disitu. 

Namun perkara tersebut tidaklah diperbesarkan dan sekadar berlegar dari mulut kemulut. Akhirnya kisah tersebut lenyap begitu sahaja.

Berbalik semula pada tragedi malang yang berlaku pada tahun 2008 itu, pihak pengurusan PERKID pada mulanya membuat laporan polis mengatakan pelatih terbabit meninggal dunia akibat sesak nafas.

Namun doktor yang melakukan bedah siasat mendapati mangsa bukannya meninggal akibat sesak nafas tetapi sebaliknya mengesyaki kematian pelajar terbabit adalah akibat didera. Doktor terbabit kemudiannya membuat laporan polis berkaitan penemuannya itu.

Dibawah ini adalah laporan salah sebuah akhbar berkaitan perkara tersebut.











Selepas tersiarnya berita diatas inilah kisah suara tangisan dan jeritan kesakitan yang pernah diperkatakan oleh penduduk sekitar sebelum itu kembali hangat dibualkan. 

Penduduk Dusun Dusun Tua mula mengesyaki kematian seorang pelatih seperti yang dilaporkan oleh akhbar Harian Metro sebelum itu mungkin ada kaitan dengannya.

Menyedari perkara tersebut sudah mula menjadi perbualan hangat penduduk kampung, pihak pengurusan PERKID dengan pantas membuat penafian. 

Mereka memanggil media dan membuat kenyataan bahawa kisah yang tersebar tersebut tidak benar sama sekali. Dalam masa yang sama mereka turut mengatakan bahawa apa yang dilaporkan oleh Harian Metro itu adalah satu pembohongan.

Dibawah ini dua laporan akhbar Sinar Harian tentang perkara berkenaan.





























Namun apa yang dilaporkan oleh akhbar Sinar Harian itu tidak dapat diterima dengan begitu sahaja oleh segelintir penduduk. Kerana tidak berpuas hati, latar belakang PERKID mula mereka selidiki. 

Hasil penemuan yang diperolehi agak memeranjatkan. Pusat pemulihan akhlak tersebut pada ketika itu sebenarnya tidak mempunyai sebarang Perakuan Pendaftaran Pusat Jagaan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.

Satu piket aman kemudiannya dirancang oleh penduduk bagi mendesak PERKID menghentikan atau memindahkan sahaja operasinya ketempat lain. 

Niat penduduk hanya satu...mereka tidak mahu kejadian yang mengakibatkan kematian seorang pelatih akibat didera itu berulang.

Piket aman yang telah dirancang berjaya dilaksanakan dan ianya turut disertai oleh sebilangan ahli keluarga bekas-bekas pelatih yang pernah menghuni pusat pemulihan akhlak tersebut.

Pihak PERKID yang tidak berpuashati dengan keadaan tersebut kemudiannya mengambil keputusan untuk menyaman individu-individu yang menganjurkan piket aman tersebut.

Berikut adalah writ saman serta kenyataan yang disiarkan oleh PERKID di laman web mereka. 


Writ saman dan kenyataan diatas sehingga kini masih disiarkan dilaman web mereka.

Akhirnya hari ini kebenaran muncul juga. Seperti yang disyaki oleh segelintir penduduk, terbukti memang benar berlaku penderaan keatas pelatih di pusat pemulihan akhlak itu pada tahun 2008.

Al-Fatihah untuk Allahyarham Megat Mohd Amirul Adha Sobri. 

Semoga rohnya dicururi dengan rahmat oleh Allah SWT.