Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Monday, August 22, 2011

Aneh! Pemuda PAS Perak Tiba-Tiba Pula Sokong Pemakan Duit Pelacur, Duit Judi Dan Duit Babi.



Terkejut Horas! bila terbaca di haramkah yang Pemuda PAS Perak tiba-tiba pula menyokong dan memuji Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Bukankah dulu juak-juak PAS juga yang paling kuat memaki hamun dan mengelarkan Mufti Perak itu dengan gelaran haramsani, syaitan bisu, mufta dan entah apa-apa lagi gelaran yang amat buruk. 

Malah, bekas Ketua Pemuda PAS Perak, Nor Azli Musa yang penampilannya nampak zuhud dan warak...tapi memiliki lidah iblis pernah membuat fitnah mengatakan Tan Sri Harussani Zakaria menerima gaji hasil dari duit pelacur, duit judi dan duit babi.

Tan Sri Harussani digambarkan sebagai makhluk yang paling jahat dan paling teruk dalam serba serbi dan walau dengan apa cara pun perlu dimusuhi. 

Tapi mengapa pula hari ini Pemuda PAS Perak tiba-tiba pula menyokong beliau?

Jawapannya adalah kerana Tan Sri Harussani baru-baru ini ada membuat cadangan agar kerajaan menyegerakan akta murtad...dan Pemuda PAS Perak melihat cadangan itu sedikit sebanyak boleh melepaskan tengkuk atau setidak-tidaknya boleh menyelamatkan parti mereka dari isu murtad di Selangor.

Nanti bolehlah mereka pusing dan buat konar baring pasal isu cuba memurtadkan sekumpulan umat di Gereja Methodist Damansara Utama tempoh hari. Boleh salahkan UMNO atau kerajaan pusat kerana lewat melaksanakan akta tersebut kalau ada mana-mana pihak yang bertanya.

Begitulah perangai PAS. Sebelum ini merekalah yang paling kuat memaki hamun, mencaci dan menghina Tan Sri Harussani dengan pelbagai gelaran bila Mufti Perak itu membuat kenyataan yang nadanya mengkritik mereka.

Tapi bila Tan Sri Harussani membuat kenyataan atau cadangan yang boleh menyelamatkan atau melepaskan tengkuk mereka, serta-merta Mufti Perak itu mereka jilat dan puji melangit.

Sama-sama kita tunggu dan lihat, berapa lama mereka boleh menyokong dan memuji Tan Sri Harussani. 

Percayalah bila sudah selesai isu murtad di Selangor dan bila punggung mereka sudah tidak panas lagi, Tan Sri Harussani pasti akan mereka maki hamun dan cerca kembali jika ada kenyataannya yang tidak memihak kepada PAS.

Berikut Horas! siarkan kembali video ceramah bekas KP PAS Perak yang begitu dahsyat memaki hamun, mencerca dan memfitnah Tan Sri Harussani Zakaria untuk rakan-rakan pembaca sekalian nilai dan pertimbangkan.