Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Saturday, August 13, 2011

Belasah Isteri Waktu Sahur. Mungkinkah Ada Kaitan Dengan Iklan Ubat Kuat Seks Dalam Harakah?

Bila nafsu sudah tidak dapat dikawal, beginilah jadinya. Berikut Horas! siarkan apa yang dilaporkan oleh Harian Metro hari ini.
PETALING JAYA : Seorang suami yang kemaruk seks sanggup menumbuk, memijak dan memukul isterinya sebaik mangsa enggan mengadakan hubungan kelamin selepas pasangan berkenaan bersahur di rumah mereka di Bandar Sri Damansara, di sini kelmarin. 
Tidak cukup membelasah isterinya yang berusia 18 tahun, suami berkenaan turut mengugut mahu membunuhnya dengan pisau pemotong daging kerana kehendaknya untuk melakukan hubungan seks tidak ditunaikan. 

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 5 pagi turut menyebabkan mangsa yang bekerja sebagai kerani cedera di kaki kanan selain lebam di muka serta seluruh badan.  
Wanita terbabit yang mahu dikenali sebagai Linda berkata, disebabkan sudah hampir tamat waktu Imsak , dia menolak pelawaan suaminya dengan sopan namun suaminya tetap memaksa.

Katanya, akibat dipaksa dia menolak pelawaan suami dengan mengatakan jika dia bersetuju dengan pelawaannya, dia akan membatalkan puasa dan tidak akan menghalalkan tindakannya itu.
Tidak mustahil perkara ini terjadi diakibatkan oleh kerana terpengaruh dengan produk ubat kuat yang diiklankan dimerata-merata tempat, termasuklah didalam akhbar Harakah yang dianggap seperti risalah Allah SWT oleh puak PAS.

Salah satu contoh iklan ubat kuat yang bermaharajalela didalam Harakah.

Kalau gagal dikawal, manusia boleh hilang pertimbangan dan kewarasan akal fikiran hanya kerana gelodak nafsu syahwat yang membuak-buak.

Puak PAS yang mengaku mereka lebih alim, lebih beriman dan lebih bertakwa berbanding orang Islam lain yang berada diluar kelompok mereka pun selalu tewas dan tunduk pada nafsu syahwat.

Jika tidak masakan ada seorang ulama PAS yang tanpa belas kasihan tetap melempiaskan nafsu serakah pada isterinya, walaupun tahu siisteri pada ketika itu sedang menanggung kesakitan akibat bisul yang mengening-ngening berdenyut.

Horas! pernah menulis tentang iklan ubat kuat yang dalam pada masa yang sama turut menawarkan khidmat pelacuran dipacak, ditampal dan digantung dimerata-rata tempat di Selangor tidak lama dulu. Baca disini.