Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Tuesday, August 2, 2011

Gambar-Gambar Terbaik Yang Pernah Dirakamkan Diseluruh Dunia.

Hari ini sudah masuk hari ketiga kita semua menunaikan ibadah puasa. Rasanya badan kebanyakan dari kita pun sudah tidak selesu hari pertama berpuasa.

Pada yang masih merasa lesu dan mengantuk, hari ini Horas! buat post yang santai sikit. Horas! nak kongsi pasal kehebatan sekeping gambar. Harap-harap rasa mengantuk tu boleh berkurangan.

Benarlah kata orang, sekeping gambar yang kaku dan bisu mampu menceritakan 1001 kisah. Sekeping gambar yang kaku dan bisu juga mampu menimbulkan pelbagai perasaan pada yang melihatnya.

Ada orang boleh jadi gembira, sedih, ketawa, kagum, simpati, marah, benci, dan sebagainya dengan hanya melihat sekeping gambar.

Bukan mudah untuk mendapat peluang merakamkan gambar yang benar-benar memberi kesan kepada sesiapa yang melihatnya. Ramai jurugambar yang melayang nyawa hanya kerana cuba memburu gambar-gambar terbaik yang diharap mampu menarik perhatian dunia.

Dengan hasrat untuk berkongsi pengetahuan am dengan rakan-rakan pembaca sekalian, berikut Horas! paparkan diantara beberapa gambar yang dianggap terbaik pernah dirakamkan beserta dengan info ringkas mengenainya. Kalau ada info yang salah, harap beritahu pada Horas!


"Afghan Girl" - 1984 
Info: Gambar ini dirakamkan oleh jurugambar National Geographic. Gadis Afghanistan didalam gambar ini bernama Sharbat Gula. Dianggarkan berusia 12 tahun dan ketika itu sedang ditempatkan disebuah kem pelarian. 
Gambar ini menjadi terkenal kerana bukan mudah untuk mendapat peluang merakam gambar wanita Afghanistan pada masa itu. Identiti Sharbat Gula pula hanya diketahui pada tahun 1992. 
Jurugambar: Steve McCurry.


"Stricken Child Crowling Towards a Food Camp" - 1994
Info: Gambar kanak-kanak ini diambil di Sudan ketika negara tersebut dilanda bencana kebuluran. Ketika itu kanak-kanak berkenaan sedang merangkak menuju ke sebuah pusat bantuan makanan PBB. Seekor burung nasar berdiri berhampiran kanak-kanak berkenaan...menunggunya mati sebelum dimakan.  
Gambar ini memberi kejutan diseluruh dunia. Tiada siapa yang tahu nasib kanak-kanak berkenaan selepas itu kerana jurugambar yang merakamkannya bertindak meninggalkan tempat berkenaan sejurus selepas mengambil gambar tersebut. 
Tahukah anda, jurugambar yang merakamkan gambar ini membunuh diri 3 bulan selepas itu akibat tertekan? 
Gambar ini mendapat anugerah Pulitzer. 
Jurugambar: Kevin Carter


"Portrait of Winston Churchill" - 1941
Info: Gambar ini diambil ketika Winston Churchill berkunjung ke Ottawa, Kanada. Gambar ini membuat jurugambar yang merakamkannya menjadi popular dan terkenal dan dianggap sebagai jurugambar potret terbaik pada masa itu. 
Harga untuk mendapatkan khidmat jurugambar berkenaan turut naik dengan mendadak. 
Jurugambar: Yousuf Karsh.


"Omayra Sánchez" - 1985
Info: Nama kanak-kanak dalam gambar ini ialah Omayra Sanchez. Dia adalah salah seorang yang menjadi mangsa ketika letusan gunung berapi berlaku Nevado del Ruiz, Colombia yang mengorbankan 25,000 nyawa. 
Omayra telah terperangkap didalam  air dan runtuhan sisa konkrit selama 3 hari. Dia meninggal dunia akibat gangren dan hipotermia tidak lama selepas gambar diatas dirakam.
Kematian kanak-kanak tersebut mendedahkan tentang kegagalan pihak berkuasa Colombia untuk bertindak pantas menyelamatkan mangsa-mangsa dalam tregedi letusan gunung berapi tersebut. 
Jurugambar: Frank Fournier.


"Burning Monk – The Self-Immolation" - 1963
Info: Thich Quang Duc seorang sami Buddha dari Vietnam membakar dirinya hingga mati disebatang jalan yang sibuk di Saigon. Tindakan nekad itu diambilnya sebagai memprotes tindakan kerajaan Vietnam yang menganiaya sami-sami Buddha. 
Beliau mahu Buddha diberikan hak yang sama seperti mana Katholik. Dalam masa yang sama beliau juga mahu sami Buddha dan rahib Katholik diberi hak untuk mengamalkan dan menyebarkan agama masing-masing.
Tahukah anda, semasa tubuhnya dimamah api sami berkenaan langsung tidak menggerakkan badannya? Tubuhnya kekal dalam kedudukan begitu sehingga rentung. 
Jurugambar: Malcolm Browne


"Tank Man Of Tiananmen" - 1989
Info: Walaupun gambar ini berjaya menarik perhatian dunia, namun identiti lelaki yang bertindak berani menghalang kemaraan barisan kereta kebal tentera China di Dataran Tiananmen ini tidak pernah diketahui sehingga kini. 
Kejadian ini berlaku sehari selepas kerajaan China mengambil tindakan keras hingga mengorbankan ribuan nyawa penunjuk perasaan yang kebanyakannya adalah mahasiswa yang mahukan sistem demokrasi  dipraktikkan sepenuhnya di China. 
Jurugambar: Selain Jeff Widener, gambar diatas turut berjaya dirakam oleh 3 jurugambar yang lain.


"Lunch On Top OF a Skyscraper" - 1932
Info: Gambar ini dirakam ketika sekumpulan pekerja binaan yang bekerja membina bangunan GE di New York sedang berehat sambil makan tengahari diaras 69 bangunan yang sedang dibina itu. 
Mereka hanya duduk sambil berjuntai kaki tanpa memakai sebarang alat keselamatan diatas 'girder' yang tingginya adalah beratus-ratus kaki dari permukaan bumi.  
Jurufoto: Charles C. Ebbets


" Bliss" - 2000
Info: Gambar ini diambil di Napa County, California. Gambar ini menjadi bertambah popular diseluruh dunia apabila Microsoft Corporation menjadikannya sebagai salah satu pilihan untuk dijadikan 'wallpaper' dalam produk generasi Windows XP mereka. 
Jurugambar: Charles O'Rear


"The Plight of Kosovo Refugees" - 1999
Info: Gambar ini dirakam ketika seorang ibu muda pelarian Kosovo cuba memindahkan anaknya Agim Shala yang berusia 2 tahun dicelah pagar kawat berduri ketika perang Balkan. 
Gambar ini juga pernah tercalon untuk menerima anugerah Pulitzer. 
Jurugambar: Carol Guzy

"Fire on Marlborough Street" - 1975

Info: Akibat panik kerana rumah yang mereka diami terbakar, Diana Bryant mengambil tindakan nekad untuk terjun menyelamatkan diri bersama-sama anaknya yang masih kecil. 
Dia terbunuh dalam kejadian itu namun anaknya terselamat kerana berjaya disambut oleh anggota bomba yang berada dibawah bangunan berkenaan.
Tregedi malang yang menimpa Diana Bryant telah menyebabkan prosuder serta kaedah menyelamat dan memadam kebakaran yang dipraktikkan ketika itu dikaji semula. 
Gambar ini turut mendapat anugerah Pulitzer. 
Jurugambar: Stanley J. Forman



 "Twice Dead" - 2011
Info: Gambar ini dirakam di Kuala Lumpur ketika berlakunya rusuhan BERSHIT 2.0 yang disertai oleh beberapa NGO, parti politik dan para pelacur. 
Rusuhan berkenaan dilakukan kononnya bagi menuntut pilihanraya yang adil di Malaysia. Walhal pilihanraya di Malaysia sudah lama berlangsung dalam keadaan bersih dan adil.
Lelaki yang tergolek kejang ditengah jalan tersebut bernama Suhardi. Dia adalah seorang penyokong taksub sebuah parti politik yang paling kuat menipu dan mengarut di Malaysia. 
Semasa rusuhan itu berlangsung, Suhardi telah mati sebanyak dua kali namun dia telah hidup semula. Dia kini adalah satu-satunya 'zombie' yang ada di Malaysia. Dan dia juga adalah satu-satunya 'zombie' didunia yang berkeupayaan untuk menipu ramai orang dalam satu masa. 
Jurugambar: Tidak diketahui.
He..he..he..he..he...jangan marah ok. Gambar-gambar yang kat atas tu semuanya betul dan diiktiraf antara yang terbaik pernah dirakamkan. Gambar musibat pura-pura mati yang kat bawah sekali tu sekadar gurauan Horas! saja.