Berita dibawah ini Horas! petik daripada akhbar Sinar Harian.
SHAH ALAM - Kira-kira 20 ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan demonstrasi di depan pagar Bangunan SUK sebagai sokongan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya selepas mendapat maklumat orang Islam menghadiri majlis tersebut.
Peserta yang menyertai demonstrasi bertopengkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Exco Kerajaan Negeri, Datuk Hasan Ali dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dengan membawa mangkuk tandas, penyapu lidi, berus pencuci tandas dan pencuci lantai, pagi tadi.
Mungkin barang-barang yang dibawa pendemo aman berkenaan adalah simbolik kepada hasrat mereka yang mahu mencuci segala macam kekotoran, najis dan tahi yang ada semenjak Pakatan Haprak memerintah dan mentadbir Selangor.
Tapi ada yang mereka lupa bawa dan benda itu boleh dikira penting. Apa dia?
Tanah atau air yang sudah dicampur dengan tanah yang bersih. Bukan apa, banyak juga yang perlu disamak kalau mahu pentadbiran di Selangor ini benar-benar jadi bersih. Kalau setakat guna pencuci lantai...belum mampu untuk membersihkannya seratus peratus.
Lagi satu, lepas ini ada baiknya para pendemo berkenaan buat pula demonstrasi di hadapan pejabat atau dihadapan rumah Khalid Samad.
Sikap ahli parlimen Shah Alam itu yang bermati-matian menyokong nama Allah untuk digunakan oleh gereja dan penganut agama Kristian menyumbang kepada apa yang berlaku di DUMC baru-baru ini.
Itu belum diambil kira dengan sikap gampangnya yang mesra tidak bertempat dan tunduk pada gereja selama ini.