Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Tuesday, August 2, 2011

Video: Bila Ayat Al-Quran Sewenang-Wenangnya Digunakan Oleh Si Kafir Untuk Kepentingan Politik.



Ini video lama sebenarnya. Tapi sengaja Horas! siarkan kembali untuk sama-sama kita lihat betapa beraninya pemimpin Pakatan Haprak yang bukan Islam menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran untuk kepentingan politik mereka.

Mereka menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran bukan kerana mereka mempercayainya, melainkan dengan niat untuk menarik perhatian orang-orang Islam agar terus menyokong dan memberikan undi kepada mereka.

Mereka sekadar berlakon seolah-olah mereka faham dan menerima kebenaran agama Islam. Namun hakikatnya itu tidak benar sama sekali.

Horas! yakin, puak-puak PAS juga mengetahui perkara berkenaan. Tapi mereka sanggup butakan mata dan pekakkan telinga asalkan dapat meraih sedikit kuasa politik.

Lebih dari itu mereka sanggup menyinsing lengan jubah dan bertegang urat leher mempertahankan apa yang dilakukan oleh rakan-rakan bukan Islam mereka dari PKR dan DAP jika ada mana-mana pihak lain berani mempertikaikannya.

Inilah politik cara PAS. Selagi boleh membawa keuntungan pada mereka, yang haram mereka sanggup halalkan dan yang halal mereka boleh haramkan.