Tiba-tiba pula Horas! teringat dengan cadangan berapi-api PAS untuk menjadikan Selangor sebagai 'Mini Serambi Mekah'.
Cadangan tersebut dicetuskan oleh Dr Halimah Ali, ADUN PAS Kawasan Selat Kelang yang juga EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan Selangor.
Horas! pernah menulis tentang cadangan tersebut sebelum ini. Baca disini.
Horas! pernah menulis tentang cadangan tersebut sebelum ini. Baca disini.
Ketika itu Dr Halimah cukup bersemangat untuk merealisasi dan menjadikan ideanya itu satu kenyataan.
Cadangan itu turut disambut dengan riang gembira oleh juak-juak PAS. Kata juak-juak PAS, jangan harap cadangan semurni itu dapat dilaksanakan kalau UMNO masih memerintah Selangor.
Cadangan itu turut disambut dengan riang gembira oleh juak-juak PAS. Kata juak-juak PAS, jangan harap cadangan semurni itu dapat dilaksanakan kalau UMNO masih memerintah Selangor.
Tapi kini sudah lebih setahun berlalu dan cadangan berkenaan nampaknya disenyapkan begitu sahaja.
Tak tahulah pula Horas! kalau cadangan tersebut telah berjaya dilaksanakan tetapi secara senyap-senyap tanpa sebarang publisiti.
Tak tahulah pula Horas! kalau cadangan tersebut telah berjaya dilaksanakan tetapi secara senyap-senyap tanpa sebarang publisiti.
Namun apa yang Horas! nampak, tiada tanda-tanda yang menunjukkan Selangor ketika ini sudah menjadi 'Mini Serambi Mekah' seperti yang mahu dilaksanakan oleh Dr Halimah itu.
Yang Horas! nampak, dan Horas! yakin rakan-rakan pembaca sekalian juga nampak ialah Selangor sekarang sudah menjadi 'Serambi Hatyai'.
Yang Horas! nampak, dan Horas! yakin rakan-rakan pembaca sekalian juga nampak ialah Selangor sekarang sudah menjadi 'Serambi Hatyai'.
Buktinya rumah urut haram, spa-spa dan pusat-pusat hiburan yang menjual arak yang bersepah-sepah tumbuh subur di Selangor. Lebih dari itu, aktiviti pelacuran juga dikatakan semakin membiak-biak.
Apa pun, tidak perlulah kita rasa pelik kalau melihat pemimpin-pemimpin PAS selalu sahaja tidak menunaikan apa yang mereka sendiri kata mahu laksanakan. Memang begitu fitrah mereka sejak dari dahulu.
Dulu berapi-api berjanji akan menutup kilang arak kalau dapat memerintah Selangor. Tapi hampeh.,,kilang tersebut masih teguh berdiri. Malah ada pemimpin PAS yang menawarkan tapak yang lebih luas dan strategik kepada kilang tersebut.
Dulu KP PAS Pusat cukup bersemangat bercakap mahu menggempur kasino di Genting Highland dengan 10,000 orang pemuda PAS. Tapi hampeh juga. Sampai sekarang Pemuda PAS tidak jumpa-jumpa jalan untuk naik kesana.
Kalau mahu diungkit, banyak lagi sebenarnya janji-janji yang tidak ditunaikan oleh PAS yang Horas! boleh tulis. Tulisan Horas! boleh jadi panjang berjela-jela.
Kesimpulannya, kalau janji untuk melaksanakan hukum hudud dan memperjuangkan negara Islam pun mereka boleh humban kedalam longkang, jadi janganlah berharap PAS akan laksanakan janji-janji atau cadangan yang lain.
Kalau UMNO tidak dapat melaksanakan apa yang telah dirancang oleh sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, cukup cepat mereka menuduh UMNO tidak mahu menunaikan janji.
Dan kerana itu UMNO mereka tuduh sebagai munafik.
Dan kerana itu UMNO mereka tuduh sebagai munafik.
Tapi bila mereka sendiri yang gagal...mereka akan diamkan saja dan sediakan 1001 alasan kalau ada mana-mana pihak yang bertanya.
Biasanya UMNO akan mereka jadikan kambing hitam...kononnya menghalang apa yang mereka ingin laksanakan.
Biasanya UMNO akan mereka jadikan kambing hitam...kononnya menghalang apa yang mereka ingin laksanakan.
Kepada pejuang-pejuang PAS, sedarlah...di Selangor PAS hanya diberikan sedikit kuasa oleh DAP sebagai upah kerana metaati mereka..
Yang ada kuasa mutlak dalam menentukan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilaksanakan di Selangor adalah DAP. Dengan kuasa yang dimiliki itu, DAP tidak sesekali akan membiarkan apa-apa yang menonjolkan kesucian Islam dilaksanakan dengan mudah di Selangor.

Jadi, sementara cita-cita untuk menjadikan Selangor sebagai 'Mini Serambi Mekah' yang dijanjikan oleh Dr Halimah itu tidak dapat dilaksanakan, ada baiknya PAS tumpukan perhatian untuk membersihkan 'Serambi Mekah' original di Kelantan.
Macam-macam maksiat ada disana dan yang paling memalukan...ianya berlaku tidak jauh dari pejabat Nik Aziz sendiri.
Macam-macam maksiat ada disana dan yang paling memalukan...ianya berlaku tidak jauh dari pejabat Nik Aziz sendiri.