Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Wednesday, August 17, 2011

Inilah Yang Anwar Dan Khalid Samad Mahu...Biar Semakin Mudah Umat Islam Dimurtadkan.

Apa yang didedahkan oleh blogger screwkuat ini benar-benar membuatkan Horas! gerun. Serta merta juga timbul rasa benci yang meluap-meluap kepada Khalid Samad dan partinya PAS, serta Anwar Ibrahim dan partinya PKR.

Merekalah yang amat beriya-iya menyokong penggunaan nama Allah oleh gereja. Belum digunakan pun sudah ramai umat Islam yang keliru dan murtad, apatah lagi jika sudah digunakan.

Itukah yang Khalid Samad dan Anwar Ibrahim mahu? Biar berduyun-duyun umat Islam meninggalkan agama masing-masing?



Pulau Pinang juga menjadi pusat gerakan kristianisasi apabila kes cubaan murtad SAIFUL BAHAYAH ABDUL HAMID yang mendedahkan bahawa sebuah flat kediaman di Batu Maung dijadikan pusat kegiatan kristianisasi yang mensasarkan remaja-remaja Melayu di Pulau Pinang. 

Mereka menjalankan aktiviti di flat tersebut pada setiap hari Khamis dengan kehadiran pada setiap sesi seramai 30 orang. Manakala pada hari Ahad mereka akan dibawa ke gereja. 

Modus operandi kumpulan Kristian ini ialah dengan mensasarkan remaja-remaja Melayu yang mempunyai masalah keluarga dan kesempitan wang. 


Dalam kes SAIFUL BAHAYAH ini, beliau menghadapi masalah kewangan dan telah berkenalan dengan ROSIATIMAH (Melayu murtad) yang telah menyelesaikan masalah tersebut dan memujuk beliau memeluk kristian! 

Kepada mereka yang merasakan Tukang Screw hanya mereka-reka cerita, cubalah kesan atau berjumpa SAIFUL BAHIYAH sendiri yang telah ditempatkan di Pusat Remaja Inabah, Kuala Nerang, Kedah bagi menjalani proses pemulihan. 

Secara kebetulan DAP cukup aktif di Pulau Pinang, dulu, kini dan selamanya. 

Kita juga pernah digemparkan dengan kes remaja Islam bernama KARTINI MOHAMAD ROSLI yang didapati memakai salib pada tahun 2007 yang mengaku telah beberapa kali hadir di sebuah rumah yang dijadikan gereja yang terletak di sebuah taman perumahan di Baling, Kedah (belakang hospital lama). 

Secara kebetulan juga rombongan SUARAM yang diketuai AP Sungai Siput juga dikesan berada di sekitar kawasan tersebut sebelum ditangkap di Pulau Pinang pada bulan Jun 2011. 

Kita juga pernah berasa sangat sakit hati setelah menonton video BENJAMIN STEPHEN menghina Islam dalam sebuah gereja di Sarawak pada tahun lepas. 


Untuk makluman BENJAMIN STEPHEN @ MOHD BADROL NIZAM MOHD REDZO yang berasal dari Kelantan merupakan penuntut di Sekolah Menengah Agama Naim Lil Banat, Jalan Yahya Petra, (kemudian diperbetulkan oleh blogger screwkuat69 sebagai Sek Men Yahya Petra, Kuala Krai) Kelantan, yang telah mula didekati mubaligh kristian sejak tahun 1997 sebelum murtad pada tahun 2001 di Gereja St.Peter, Ipoh. 

Sejak 2006 BENJAMIN telah menyebarkan dakyah kristian sebelum menjadi guru di International School, Kuching. Mungkin kebetulan, Ipoh dan Kuching diwakili AP DAP.

Itu hanya sekelumit kes-kes murtad yang dapat Tukang Screw kongsikan untuk renungan bersama dan diharap dapat direnung-renungkan apakah sumbangan kita dalam menangani isu murtad ini! Timbul persoalan, apa kaitan DAP dalam gerakan kristianisasi ini?

Sumber artikel : screwkuat69 
Gambar: Tranungkite