Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Monday, August 1, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah!: Puak PAS Puji SPRM Telus Dan Bersih.



Selama ni bukan main lagi menyumpah seranah, mengutuk dan memaki hamun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Apa yang puak PAS tak sebut pasal SPRM...anjing kerajaan, barua UMNO, penipu, iblis, lakhnat dan entah apa-apa lagi. Saban hari ada saja benda yang mereka mahu kutuk berkaitan SPRM.

Tapi hari ni SPRM mereka puji melangit. SPRM telus! SPRM beintergriti! SPRM amanah dalam menjalankan tugas! dan macam-macam lagi pujian.

Pelik?

Jangan pelik kalau tiba-tiba rakan-rakan pembaca sekalian melihat PAS tiba-tiba sayang sangat pada SPRM hari ni. Nak tahu apa puncanya?

Puncanya ialah kerana hari ini SPRM Kelantan mengesahkan tiada unsur rasuah dalam isu Bazar Tok Guru selain tidak menerima laporan rasuah daripada mana-mana pihak mengenai isu Ladang Rakyat.

Pengarah SPRM Kelantan, Nasaruddin Mohd Noor seperti dilapor Sinar Harian berkata, pihaknya menjalankan siasatan rapi dan telus terhadap kes terbabit dan menyangkal dakwaan pihak tertentu bahawa SPRM tidak melakukan siasatan.

Horas! tak minat nak ulas kenyataan pengarah SPRM Kelantan. Itu kerja mereka dan mereka tentu lebih arif dan mengetahui mengenainya.

Yang Horas! nak ulas ialah betapa jijiknya perangai puak-puak karat hijau. Lihatlah betapa mudahnya mereka menukar persepsi dan pandangan mereka kepada SPRM.

Yang kotor menjadi bersih, yang hitam menjadi putih, yang keruh menjadi jernih, yang busuk menjadi wangi, yang buruk menjadi cantik. Segala-galanya menjadi molek dan suci murni bila SPRM membuat keputusan yang memihak pada PAS.

Begitulah perangai dan mentaliti Pakatan Haprak di negara ini. Mereka hanya dapat menerima sesuatu apabila ianya memihak dan memberi keuntungan kepada mereka.