Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Thursday, August 4, 2011

Di Selangor, Kristian Didahulukan...Islam Dikemudiankan.



Jabatan Agama Islam Selangor dikritik dan ditekan hebat gara-gara melaksanakan tugas mereka menjaga kesucian agama Islam.

Malam tadi JAIS telah menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) kerana menerima laporan gereja berkenaan yang berselindung disebalik nama sebuah NGO sedang mengagih-agihkan bantuan termasuk kepada sekumpulan orang-orang Islam.

Pada pandangan Horas!, JAIS mungkin mengambil tindakan berkenaan kerana khuatir ada usaha-usaha yang dijalankan secara halus untuk menarik individu-individu Islam berkenaan kepada agama Kristian.

Atau dalam bahasa mudahnya untuk dimurtadkan.

MB Selangor, Khalid Gagap dilaporkan berang dan tidak selesa dengan tindakan JAIS dan menggelupur menghubungi  Paderi Kanan DUMC menyatakan kekesalannya atas tindakan JAIS berkenaan.

Khalid Gagap juga dengan tegas meminta JAIS menyediakan laporan lengkap kepadanya.

Theresa Cock juga dilaporkan turut mengamuk sakan dengan tindakan yang diambil oleh JAIS itu. 

Yang anehnya pemimpin-peminpin PAS di Selangor hanya diam membisu. Tiada sesiapa yang bangkit membela tindakan JAIS itu kecuali Hassan Ali yang telah digugurkan jawatan sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor.

Begitulah nasib agama Islam di Selangor semenjak Pakatan Haprak mengambil alih pentadbiran negeri dari BN.

Agama Islam sentiasa ditekan dan tertekan. Puak-puak yang selama ini mengaku mereka lebih Islam dan lebih beriman serta mengaku merekalah pejuang Islam sejati langsung tidak berani bersuara apatah lagi bangkit membela JAIS.