Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Thursday, August 4, 2011

Kantoi Tidur Bersama Lelaki Indon Didalam Bilik. Bob Lokman Nak Salahkan Siapa?



Nampaknya jerit dan pekik lolong puak khawarij PAS kononnya mereka akan menjadikan masyarakat lebih beriman dan bertakwa jika mereka diberi kuasa untuk mentadbir dan memerintah setakat janji-janji kosong saja.

Yang nyata, apa yang kita nampak...Islam dan umatnya jadi makin lintang pukang dan tidak terurus semenjak mereka dapat berkongsi sedikit kuasa mentadbir Selangor bersama DAP dan PKR.

Horas! petik apa yang dilaporkan oleh Harian Metro pasal remaja perempuan yang kantoi tidur bersama mamat indon didalam biliknya.
Ibu terkejut pemuda tidur bersama anak gadis
KUALA LUMPUR 4 Ogos - Seorang ibu tunggal terkejut apabila menemui seorang pemuda dalam bilik tidur anak gadisnya yang berusia 14 tahun semasa mahu mengejutkan anaknya itu bangun bersahur, awal pagi semalam. 
Wanita berusia 32 tahun yang bekerja sebagai tukang cuci itu tinggal bersama tiga anaknya termasuk anak sulungnya itu di rumah mereka di Hulu Langat dekat sini. 
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, pada pukul 5 pagi semalam, wanita itu masuk ke bilik tidur anak gadisnya itu untuk mengejutnya supaya bangun bersahur. 
"Dia bagaimanapun terkejut apabila melihat ada seorang pemuda tidur bersama anaknya dan apabila ditanya, suspek mengaku sebagai teman lelaki anak gadisnya. 
"Suspek warga Indonesia berusia 21 tahun itu juga mengaku melakukan hubungan seks dengan pelajar tingkatan dua tersebut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 
Ab. Rashid berkata, suspek yang bekerja sebagai pelayan restoran dipercayai memasuki bilik gadis terbabit semasa ahli keluarga lain sudah tidur. 
Katanya, suspek bagaimanapun tertidur keletihan sehingga tidak sedar ibu kekasihnya memasuki bilik untuk membangunkan anaknya bersahur. 
Beliau berkata, kejadian itu kemudian dilaporkan oleh wanita terbabit kepada polis pada hari sama dan kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu rogol memandangkan anak mangsa masih di bawah umur.
Katanya, remaja terbabit sudah dihantar menjalani pemeriksaan di hospital dan polis sudah mengenal pasti suspek.
Bayangkan kalau kejadian itu berlaku di negeri-negeri yang ditadbir UMNO, pasti puak khawarij PAS akan menjerit-jerit menuduh UMNO sengaja membiarkan  perkara mungkar seperti itu berlaku.

Akan mereka canang keseluruh ceruk rantau kononnya selagi mana UMNO memerintah, selagi itulah kemungkaran akan berlaku dimana-mana.

Tapi bila berlaku dinegeri yang mereka ada kuasa, mereka akan berdiam diri saja. Dan kalau boleh kemungkaran yang berlaku itu akan cuba mereka sorokkan didalam jubah mereka yang labuh-labuh. 

Jangan lupa, Bob Lokman dulu pernah menyalahkan kerajaan (UMNO), apabila anak dan dirinya sendiri jauh dari agama. Dia langsung tidak mahu menyalahkan dirinya yang gagal mendidik anak-anaknya sendiri. Pemimpin dan juak-juak PAS pula bersetuju 100% dengan apa yang dia katakan.

Jadi sekarang, dalam hal remaja perempuan yang bawa mamat indon tidur dalam biliknya itu, maka kita semua bolehlah meletakkan kesalahan pada PAS. Tak gitu?

Didalam dunia ini, pasal cakap tak serupa bikin, membohong dan memfitnah...tak ada mana-mana parti politik yang boleh lawan PAS.