Persoalan diatas Horas! tujukan pada rakan-rakan pembaca yang bijaksana sekalian untuk menilai dan menjawabnya.
Bukan Horas! yang mencipta persoalan itu, tapi ianya lahir dari mulut bekas Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad.
Kata Idris yang kini telah diturunkan jawatan kepada AJK PAS Pusat :-
"isu penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dengan Gereja Methodist Damansara Utama telah menenggelamkan isu yang cukup merbahaya kepada negara iaitu isu MyKad dan pendaftaran warga asing di dalam daftar pemilih SPR".
"Setakat hari ini jawapan yang diberikan oleh SPR diketawakan oleh orang pekak dan buta. Manakala media perdana BN cuba menimbus isu pendaftaran ini". (sumber haramkahdaily)
Patutlah ada kalangan rakan blogger yang pernah mengiktiraf Idris Ahmad sebagai Ketua Penerangan paling bengap yang pernah ada dalam PAS.
Dan Horas! juga sudah faham mengapa PAS Pusat mengambil tindakan menurunkan kedudukan Idris Ahmad daripada menjawat jawatan Ketua Penerangan ke AJK Pusat biasa.
Rupa-rupanya PAS sendiri sudah tidak tahan dengan kenyataan-kenyataan bodoh yang selalu dibuatnya selama ini.
Tapi Idris Ahmad tetap Idris Ahmad. Membuat kenyataan bodoh yang boleh menjahanamkan parti sendiri memang sudah jadi kepakarannya.
Jadi tidak peliklah bila dia menganggap isu MyKad lebih bahaya dari isu murtad.