Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Tuesday, August 16, 2011

Video: Serbuan 'Ganas' Lagi 'Biadab' JAIS Di Gereja Methodist Damansara Utama.



Inilah video yang amat-amat ditakuti oleh PAS dan PKR jika keluar kepada umum. Kerana apa mereka takut? Kerana selama ini mereka sendiri yang menggambarkan seolah-olah JAIS telah melakukan serbuan secara kasar dan ganas keatas DUMC.

Mereka tidak menggunakan perkataan 'memeriksa' tapi mereka gunakan perkataan 'serbu'. Dan perkataan itu mereka ulang-ulang, JAIS serbu...JAIS serbu...JAIS serbu.

Malah ada pihak tertentu yang lebih biadab yang menggunakan perkataan 'menyerang'.

Khalid Ibrahim tanpa meminta penjelasan daripada JAIS terlebih dahulu, terus meluru meminta maaf dari pihak DUMC. Kemudian dengan amat tegas meminta JAIS menyediakan kertas laporan. Dia turut mengarahkan exco kerajaan negeri tutup mulut rapat-rapat.

Pemimpin-pemimpin dari PAS pun sama. Demi undi, mereka salahkan dan hentam JAIS secukup-cukupnya. Namun JAIS tidak berdiri sendirian. Rakyat (kecuali penyokong jumud PAS dan totok PKR) berdiri teguh dibelakang JAIS. Tindakan JAIS terus dipertahankan.

Sekarang kita semua boleh melihat apa sebenarnya yang berlaku. Lihatlah samada benar JAIS 'menyerbu' atau sebenarnya hanya menjalankan pemeriksaan secara berhemah dan penuh diplomasi.

Lihat juga bagaimana loyar buruknya siperempuan Kristian berbaju hitam yang berdolak-dalih dan cuba memperbodohkan pegawai JAIS yang bertugas. Namun ditangani dengan sopan oleh pegawai terlibat. 

Horas! tak berminat nak menulis panjang-panjang. Rakan-rakan pembaca sekalian nilailah sendiri siapa sebenarnya yang berada dipihak yang benar...kerajaan negeri Selangor, PAS, DUMC atau JAIS.

Nilaikan juga pihak mana yang sebenarnya biadab...JAIS,  DUMC, PAS atau kerajaan negeri.