Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Sunday, August 28, 2011

Jika Diikut Bodoh Mat Sabu, Maka Leftenan Adnan Saidi Juga Tidak Boleh Dianggap Sebagai Pejuang Negara.




Horas! benar-benar tidak faham mengapa kini PAS begitu bersungguh-sungguh mahu mengubah fakta sejarah kemerdekaan negara. 

Horas! juga tidak faham mengapa PAS kini begitu bersungguh-sungguh mahu menafikan jasa orang-orang Melayu terdahulu yang sehingga sanggup berkorban nyawa menentang Parti Komunis Malaya daripada terus mengganas dan melakukan kezaliman di Tanah Melayu.

Malah Timbalan Presiden PAS baru-baru ini dengan begitu berani dan tanpa rasa bersalah sedikitpun telah mengiktiraf penganas komunis yang menyembelih, membakar hidup-hidup dan menembak hingga mati sesiapa yang menentang mereka sebagai pejuang kemerdekaan.

Kata Mat Sabu, anggota-anggota polis Melayu yang terkorban ketika pasukan komunis menyerang Balai Polis Bukit Kepong dulu tidak layak diiktiraf sebagai pejuang atau hero.

Sebaliknya pengganas komunis yang melakukan serangan dan membunuh anggota polis itulah yang sewajarnya diangkat sebagai pejuang kemerdekaan dan hero sebenar.


Malah Mat Sabu turut mendakwa bahawa Dato’ Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana kedua-dua tokoh tersebut adalah pegawai British

Alasan maha bodoh yang digunakan Mat Sabu ialah, anggota-anggota polis yang terkorban itu serta Dato' Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman bekerja dengan British yang ketika itu menjajah negara ini. Sementara pengganas komunis pula berjuang mengangkat senjata mahu menamatkan penjajahan British.

MasyaAllah...mengapa begitu sekali dangkalnya pemikiran Presiden PAS yang seorang ini?

Jika begitu pandangan Mat Sabu, maka Leftenan Adnan Saidi beserta rakan-rakan dan anggotanya yang berbangsa Melayu, yang terkorban semasa mempertahankan Tanah Melayu dari serangan tentera Jepun dahulu juga tidak layak digelar sebagai pejuang negara kerana mereka bekerja dengan British yang pada ketika itu masih lagi menjajah negara ini. 


Sebaliknya, bala tentera Jepun yang datang menyerang dan mengakibatkan rakyat negara ini hidup dalam keadaan sengsara itulah yang lebih layak diangkat sebagai pejuang sebenar kerana serangan yang mereka lakukan itu adalah untuk menamatkan penguasaan dan penjajahan British di Tanah Melayu pada masa itu.

Begitu juga halnya dengan Dato' Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman yang dianggap oleh Mat Sabu sebagai bukan pejuang kemerdekaan sebenar kerana mereka bekerja sebagai pegawai British.

Ketahuilah wahai Mat Sabu, UMNO tidak mengangkat senjata berjuang menentang penjajahan British kerana pemimpin-pemimpin UMNO melihat dan belajar daripada sejarah perjuangan generasi Melayu sebelum itu.

Horas! yakin, pemimpin UMNO ketika itu tetap menyanjung dan menghargai perjuangan pahlawan-pahlawan Melayu seperti Datuk Bahaman, Tok Janggut, Datuk Maharajalela, Mat Kilau, Tok Gajah dan sebagainya, yang telah berjuang sehingga terkorban menentang Brtitish. Tapi berjayakah mereka menumbangkan dan menghalau bangsa penjajah itu balik kenegara asal mereka dan seterusnya menjadikan Tanah Melayu sebuah negara yang merdeka?

Datuk Bahaman @ @ Orang Kaya Semantan

Sejarah itulah yang dipelajari oleh UMNO.

Orang-orang Melayu tidak akan mampu menentang dan menghalau British yang tenteranya lebih terlatih serta mempunyai kelengkapan senjata yang lebih maju. Mampukah keris, pedang, kapak dan tombak mengatasi kekuatan senapang, pistol dan meriam?

Kerana itu UMNO tidak ada pilihan lain selain berjuang mencapai kemerdekaan melalui rundingan demi rundingan. UMNO cuba mengelakkan peperangan yang mungkin boleh meragut ratusan ribu nyawa sedangkan hasilnya belum tentu menjadi.

Akhirnya berkat usaha yang berterusan ditambah dengan sokongan jitu rakyat ketika itu, terutamnya dari kalangan Melayu, kemerdekaan dapat dicapai dan tampuk pemerintahan dapat dikuasi oleh orang-orang Melayu...hanya dengan bersenjatakan rundingan dan tanpa mengorbankan banyak nyawa.

Berlainan dengan Parti Komunis Malaya, mereka juga berjuang untuk menumbangkan British tapi dengan matlamat untuk menguasai dan memerintah negara ini berlandaskan ideologi dan fahaman yang menjadi anutan mereka. 

Pada masa yang sama, dalam usaha mencari sokongan yang lebih luas, mereka menyusup masuk kedalam beberapa kesatuan dan parti politik Melayu. Beberapa pemimpin kesatuan dan parti politik tersebut berjaya mereka pengaruhi agar menggunakan pendekatan yang lebih agresif dalam menuntut kemerdekaan. 

British dapat menghidu perkara tersebut dan akibat daripadanya kesatuan dan parti mereka telah diharamkan oleh British, manakala beberapa pemimpin utamanya turut ditangkap dan dipenjarakan.

UMNO terselamat daripada diharamkan oleh British kerana UMNO bersih daripada pengaruh komunis. Jika wujud pengaruh komunis didalam UMNO pada masa itu, percayalah...British akan turut mengharamkan UMNO dan akan menangkap serta memenjarakan pemimpin-pemimpinnya.

Kerana pengharaman beberapa kesatuan dan parti-parti politik yang mereka sertai itulah yang menyebabkan ada kalangan anak-anak Melayu yang menyertai perjuangan bersenjata komunis. 

Manakala faktor lain adalah disebabkan mereka percaya bahawa kemerdekaan hanya akan dapat dicapai dengan melancarkan perang keatas British dan bukannya melalui kaedah rundingan seperti yang dipraktikkan oleh UMNO ketika itu.

Secara peribadi, pada Horas! niat anak-anak Melayu itu betul tapi cara mereka menyertai komunis itu yang salah. Matlamat sama sekali tidak menghalalkan cara.

Anak-anak muda bangsa Melayu itu sebenarnya tertipu apabila menyertai komunis. Dalam keadaan semangat mereka begitu berkobar-kobar menuntut kemerdekaan, ditambah pula kerana terpengaruh dengan cara perjuangan rakyat Indonesia menentang Belanda, PKM berjaya menyakinkan mereka bahawa tiada jalan lain yang boleh digunakan untuk mencapai kemerdekaan melainkan melalui gerakan bersenjata dan perang gerila seperti yang dilakukan PKM.

Mat Indera

Tapi anak-anak muda Melayu itu tidak tahu bahawa niat sebenar PKM menentang British ialah kerana mahu menguasai dan seterusnya menubuhkan sebuah Republik Komunis di Tanah Melayu. Mereka sesekali tidak akan memberikan hak untuk mentadbir negara ini kepada pejuang-pejuang Melayu yang menyertai mereka.

Jika benar PKM berjuang menentang British semata-mata untuk mencapai kemerdekaan dalam erti kata yang sebenar, mengapa mereka masih melancarkan peperangan menentang kerajaan walaupun selepas negara merdeka pada tahun 1957?

Bukankah penjajahan British sudah berakhir, apa lagi yang mereka mahukan?

Dan sekali lagi jika diikut pemikiran bodoh Mat Sabu, maka anggota tentera dan polis yang terkorban, putus kaki tangan dan terpaksa berkerusi roda seumur hidup kerana menentang pengganas komunis selepas negara merdeka juga tidak boleh dianggap sebagai pejuang negara.

Itulah sikap buruk pemimpin PAS yang seorang ini. Kerana terlampau taksub dan terdesak mahu mendapat undi, terutamnya dari kaum Cina, mereka sanggup mengubah fakta sejarah dan mengangkat pengganas komunis yang majoritinya dianggotai oleh kaum Cina sebagai pejuang sebenar.


Pengorbanan anak-anak Melayu yang sanggup berkorban nyawa demi mengembalikan keamanan kepada negara akibat daripada perbuatan kejam pengganas komunis tidak diiktiraf dan dengan mudah dinafikan oleh Mat Sabu.

Kini, bila ramai pihak yang bangkit dan menyatakan kemarahan diatas kata-katanya itu, Mat Sabu dengan selamba cuba berdolak dalih. Dia bersikap seolah-olah dia tidak pernah bercakap sebegitu walhal ada rakaman video yang membuktikannya.

Nampaknya kecederaan lutut yang dialami oleh Mat Sabu akibat 'dirempuh' oleh Land Rover atau Pajero atau Waja polis ketika demo BERSIH 2.0 dulu benar-benar merosakkan sebelah daripada otak beliau.

Sebelum ini, Horas! pernah menulis tentang gerakan yang telah mula dilakukan oleh PAS untuk membela komunis. Baca disini.

Horas!: Sama-sama kita hadiahkan Al-Fatihah untuk semua pejuang-pejuang negara yang telah terkorban kerana mempertahankan negara bertuah ini, walaupun jasa dan pengorbanan mereka dinafi dan diperlekehkan oleh PAS.