Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Tuesday, August 23, 2011

Apa! Anwar Sama Seperti Mandela? Kah! Kah! Kah! Kah!...


Sakit perut Horas! ketawa bila membaca kenyataan Naib Presiden KELDAIAN, N.Surendran yang mengatakan Anwar Ibrahim, si biesexual tua dari Malaysia itu mempunyai persamaan dengan bekas presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela.

Lawak sungguh!...

Kata N.Surendran, tindakan Anwar memilih untuk memilih untuk memberi keterangan membela diri dari kandang tertuduh sama dilakukan mantan presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela ketika beliau memilih untuk memberi kenyataan bersumpah dari kandang tertuduh semasa perbicaraan politik yang dihadapinya.

“Mandela menggunakan kenyataan ini yang terkenal dalam perbicaraan Rivonia sham untuk mendedahkan kejahatan rejim apartheid bagi penelitian dan kesimpulan kepada dunia. Kenyataan oleh Mandela turut diambil oleh Anwar ketika berada di dalam kandang tertuduh". Sumber Keldaiandaily.

Kah! kah! kah! kah! kah!...

Nelson Mandela memilih untuk memberi kenyataan bersumpah dari kandang tertuduh manakala Anwar setakat sanggup memberi keterangan membela diri tanpa bersumpah dari kandang tertuduh (sebenarnya dia masih duduk di atas bangku peguam yang mempunyai kelengkapan sebuah mikrofon) dengan kenyataannya tidak boleh diperiksa balas. Itu dikatakan sama?

Mandela memberi keterangan untuk mendedahkan tentang kejahatan rejim apartheid yang menzalami dan menindas bangsanya manakala Anwar memberi keterangan bukan kerana bangsa dan jauh sekali kerana agama...tapi untuk membela diri kerana dituduh meliwat pembantu peribadinya. Itu dikatakan sama?

Kasihan, semakin kalut dan tak tentu arah nampaknya juak-juak Parti Kencing Rakyat mahu membela dan membersihkan imej Anwar yang rosak jahanam gara-gara perangai buruknya sendiri yang suka meliwat jantan dan menutuh pelacur.

Janganlah disamakan Anwar dengan Nelson Mandela. Macam langit dengan bumi beza perangai dan punca keduanya dibicarakan.

Anwar hanya layak disamakan dengan Bill Clinton yang terlibat dalam skandal seks dengan pelatih White House, Monica Lewinsky. Atau disamakan dengan Gabenor New York dari Parti Demokrat, Eliot Spitzer yang terlibat dalam skandal seks dengan seorang pelacur kelas atasan di sebuah hotel mewah. 

Atau boleh juga disamakan dengan Deniz Baykal, pemimpin Parti pembangkang Turki, yang terpaksa meletakkan jawatan kerana rakaman video seks bersama Setiausaha Parlimennya Nesrin Baytok.

Kalau disamakan dengan Senator Republikan, Larry Edwin Craig yang ditangkap selepas melakukan perbuatan lucah berunsur homoseksual di dalam bilik air lelaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Minneapolis-St. Paul pun sesuai juga.

Tapi tolonglah jangan disamakan dengan Nelson Mandela. Malulah sikit macha!

Horas!: Menurut Hakim Zabidin, jika Anwar pilih memberi keterangan dari kandang saksi, beliau boleh disoal-balas pihak pendakwaan dan keterangannya itu dianggap lebih berwibawa - Maknanya keterangan Anwar yang duduk diatas bangku peguam bersama barisan peguamnya kurang berwibawalah.