Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Thursday, August 11, 2011

Biar Betul! Jumud PAS Anggap Akhbar Harakah Itu Adalah Risalah Allah SWT.



Horas! terjumpa kenyataan diatas ketika meronda-ronda disebuah ruang forum maya pro PAS dan Pakatan Haprak yang forumer-forumernya berada pada maqam tertinggi dalam soal memaki hamun.

Nampaknya pemikiran totok PAS semakin bercelaru dan terpesong. Inilah jadinya bila pemimpin PAS sentiasa memasakkan kedalam pemikiran totok-totok mereka bahawa PAS itu sentiasa benar, sempurna, tiada cacat cela dan tidak pernah melakukan salah dan silap.

Bayangkan, akhbar yang sentiasa diisi dengan fitnah, pembohongan, iklan ubat untuk menguatkan nafsu seks lelaki yang juga dijadikan sebagai alat propaganda politik dianggap sebagai risalah Allah SWT.

Apa sudah jadi???!

Kalau akhbar Harakah boleh dianggap sebagai risalah Allah SWT, jangan terkejut jika satu hari nanti ada pula totok PAS yang menganggap setiap kata-kata dan perbuatan Nik Aziz itu sama tarafnya dengan hadis nabi.

Tanda-tandanya sudah pun kita semua boleh lihat kini.

Nauzubillah!