Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Wednesday, August 17, 2011

Video: Padan Muka! Nik Nazmi Terkantoikan Zuraida Mak Lampir Dalam Isu Sumpah Pendatang Asing.

Video dibawah adalah rakaman sidang media mingguan Parti Kencing Rakyat. Ada dua isu yang dibangkitkan. Pertama tentang tentang isu pendatang-pendatang asing yang dikehendaki bersumpah untuk menyokong UMNO dan BN sebagai salah satu daripada syarat proses pemutihan.

Kedua, tentang isu dokumen berkaitan campur tangan pemimpin Pakatan Haprak yang menghalang tindakan MBPJ menyita DUMC seperti yang didedahkan oleh blogger papagomo yang cuba diputarbelit oleh Nik Nazmi

Horas! tak akan mengulas tentang isu yang dibawa oleh Zuraida Mak Lampir. Ramai rakan-rakan blogger pro UMNO/BN yang telah mengulas dan membuktikan bahawa dokumen tersebut adalah palsu dan ianya sengaja diada-adakan oleh pemimpin Pakatan Haprak bagi memburuk-burukkan UMNO.

Apa yang Horas! ingin ulas ialah tentang kesilapan Nik Nazmi sendiri, yang secara tidak sengaja telah mengantoikan penipuan Zuraida Mak Lampir tentang isu sumpah yang perlu dibaca oleh pendatang asing dan sekaligus membuktikan bahawa dakwaan blogger-blogger pro UMNO itu adalah benar.

Dalam keghairahan Nik Nazmi menjelaskan bahawa dokumen yang didedahkan oleh papagomo itu kononnya palsu dan direka-reka, dia tanpa sengaja telah mengatakan bahawa dokumen yang ada pada Mak Lampir juga adalah palsu dan juga direka-reka.

Cuba rakan pembaca sekalian tumpukan perhatian dan amati apa yang dikatakan oleh Nik Nazmi pada minit 1.52 hingga minit 2.10.


Kata Nik Nazmi " Tapi kalau dari awal lagi menipu...membuktikan bahawa ini semuanya adalah satu dokumen olok-olok...yang direka cipta oleh blogger-blogger UMNO yang terdesak dalam usaha mereka untuk mengekalkan kuasa, samalah macam dia (merujuk pada Mak Lampir) buat surat sumpah untuk pendatang asing".

Lihat betapa kelatnya muka Zuraida Mak lampir ketika itu. Dijeling dan macam nak ditelannya Nik Nazmi hidup-hidup kerana telah mendedahkan bahawa dokumen yang ada ditangannya itu adalah dokumen olok-olok (palsu).

Itulah akibatnya kalau mahu menegakkan benang yang basah. Niatnya mahu menuduh orang lain menipu tapi akhirnya diri sendiri yang kantoi menipu dan memfitnah.

Sekarang sudah jelas terbukti bahawa Zuraida Mak Lampir memang menipu dalam isu sumpah yang kononnya perlu dibaca oleh warga asing itu. Dan yang paling memalukan...dia dikantoikan oleh rakannya sendiri.

Padan muka!!!