Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Tuesday, August 23, 2011

Video: 2 Sebab Utama Mengapa Anwar Takut Untuk 'Bermubahalah' Berkaitan Tuduhan Liwat.

Sebelum ini Anwar sering menggunakan alasan bahawa dia enggan 'bermubahalah' kerana dia telah dianiaya. Bila alasan dia dianiaya mula nampak meragukan dan sudah tidak boleh diterima oleh rakyat, dengan serta merta dia mencari alasan baru.

Alasan kedua yang digunakan oleh Anwar pula ialah dia kononnya telah dinasihatkan oleh para ulamak dari dalam dan luar negara agar tidak melakukan sumpah berkenaan. 

Bangkai gajah tidak akan boleh ditutup dengan nyiru. Akhirnya sebab-sebab mengapa dia tidak mahu melakukan sumpah laknat atau 'mubahalah' keluar dari mulut busuknya sendiri.

Horas! yakin tidak semua pernah melihat rakaman video dibawah ini di youtube. Jadi hari ini Horas! paparkan pula disini untuk rakan-rakan pembaca sekalian lihat. Yang menariknya video ini dirakam oleh malaysiakini yang laporannya sentiasa dianggap amat benar, telus dan tidak boleh dipertkai oleh juak-juak Pakatan Haprak.

Tumpukan perhatian bermula dari minit 0:16 hingga minit 0:23, dan rakan-rakan pembaca sekalian akan tahu apa sebabnya Anwar tidak berani 'bermubahalah' seperti mana yang telah dilakukan oleh Mohd Saiful Bukhari.