Kalau bab bercakap pasal masalah sosial dan moral dikalangan remaja Melayu, bagilah pada puak-puak PAS. Pasti mereka boleh bercakap mengenainya tanpa henti sampai tersembur-sembur air liur. Kemudian kaitkan segala-galanya kerana salah UMNO.
Pada mereka, negeri-negeri yang ditadbir UMNO atau BN semuanya hancur dan jahanam belaka. UMNO mereka tuduh hanya tutup mata dan buat tidak tahu dengan masalah tersebut. Kata mereka, jangan harap maksiat dan masalah moral akan dapat dibendung selagi UMNO memerintah.
Tapi itu sebenarnya hanya cakap-cakap syok sendiri mereka. Negeri yang mereka sendiri tadbir dan kuasai pun tidak terlepas dari masalah yang sama. Tapi mereka tak nampak apa yang berlaku didepan batang hidung sendiri kerana mata mereka terlampau asyik melilau mencari dan memerhati masalah moral dan sosial dikalangan remaja Melayu yang berlaku dinegeri-negeri yang ditadbir UMNO.
Mari kita lihat apa yang berlaku di Kedah seperti yang dilaporkan oleh Harian Metro.
ALOR SETAR: Dua remaja lelaki berusia 15 tahun ditahan selepas membawa teman wanita berkongsi sebuah bilik di sebuah hotel dekat Kuah, Langkawi, untuk mengadakan hubungan seks, awal pagi kelmarin.
Malah, mereka bukan saja melakukan kegiatan tidak bermoral itu ketika umat Islam bersiap-siap untuk bersahur, tetapi turut ‘berani’ dengan menyewa hotel yang hanya terletak bersebelahan Pejabat Agama Daerah Langkawi (Padal).Pegawai Penyiasat Padal, Muhammad Hidayat Halim, berkata dalam serbuan itu, sepasukan anggotanya yang diketuai Saiful Aswad Kasa membuat pemeriksaan di hotel itu dan mendapati sebuah bilik dalam keadaan mencurigakan.Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati bilik itu dikunci, manakala lampunya tertutup menyebabkan anggotanya mengetuk pintu dan memberi salam berulang kali.“Pemeriksaan kemudian menemui pasangannya hanya berseluar pendek. Kedua-dua remaja itu mengaku baru selesai melakukan hubungan seks,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.Muhammad Hidayat berkata, turut berada di situ sepasang kekasih yang berpakaian lengkap dipercayai baru bangun tidur. Seterusnya boleh dibaca disini.
Itulah akibatnya bila hanya pandai bercakap dan pandai mencari salah serta kelemahan orang lain. Sibuk sangat menjaga tepi kain orang, sudahnya tak sedar tepi jubah sendiri bergelumang dengan tahi.
Sudah lebih 3 tahun PAS mentadbir negeri Kedah, tapi mereka langsung tidak mampu melakukan apa-apa untuk menangani masalah moral dan maksiat yang berlaku dikalangan remaja Melayu disana. Maksiat terus berlaku dan semakin berleluasa walaupun dalam bulan Ramadan.
Yang anehnya, dalam masa yang sama, mereka masih tak sedar diri dan tetap memperlekehkan apa juga usaha yang dilakukan oleh UMNO untuk membendung masalah tersebut.
Sedangkan mereka sendiri tiada satu apa pun ikhtiar yang dilakukan. Setakat pandai meletakkan kesalahan pada UMNO saja...macam yang Bob Lokman buat. Memang hampehhhh!.