Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Tuesday, August 9, 2011

Munajat Perdana PRU13: Apa Guna Dianjurkan Kalau Akhirnya PAS Tetap Tak Boleh Terima Qada & Qadar Allah.



PAS akan mengadakan Munajat Perdana secara serentak diseluruh negara pada 26 Ogos. Tujuannya adalah sebagai persediaan untuk menghadapi PRU13. 

Idris Ahmad, yang kini menjadi AJK biasa PAS Pusat selepas digugurkan dari jawatan Ketua Penerangan PAS adalah pengarah program Munajat Perdana berkenaan.

Kata Idris, program itu terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia dan tempatnya akan ditentukan oleh Lajnah Tarbiah Dan Perkaderan PAS di negeri masing-masing.

Program akan bermula dengan solat terawih sehingga berakhir selepas subuh 27 Ogos.

Dari dulu sampai sekarang, PAS memang cukup rajin mengadakan solat hajat mahu pun program-program munajat. Sampaikan solat hajat minta saudara seagama mati pecah perut pun PAS pernah buat.

Tapi pada Horas!, tak guna diadakan semua itu kalau akhirnya PAS tetap tak boleh terima apa yang sudah ditentu atau ditetapkan oleh Allah SWT.

Apalah gunanya bermunajat kepada Allah sepanjang malam, tapi jika ditakdirkan Allah calon-calon PAS yang bertanding dalam PRU13 nanti kalah, PAS tak boleh terima lalu memaki hamun UMNO dan menuduh SPR tidak telus?

Apalah gunanya dianjurkan solat hajat kalau kesudahannya bila kalah dalam pilihanraya PAS akan melenting marah-marah dan menuduh UMNO guna taktik kotor dan SPR pula dituduh sebagai anjing BN?

Bukan sekali dua perkara tersebut terjadi.

Sebelum ini, jika ada calonnya yang bertanding dalam mana-mana PRK, PAS akan buat solat hajat minta Allah berikan kemenangan kepada mereka. Tapi bila ditakdirkan calon berkenaan kalah maka mulalah PAS menjerit dan melolong kehulu dan kehilir menuduh serta memfitnah  UMNO dan SPR yang bukan-bukan.

Sepatutnya PAS terima apa yang sudah ditetapkan oleh Allah selepas mereka berusaha dan meminta pertolongan daripadaNya.

Jika ditakdirkan kalah, terimalah dengan redha dan dengan hati yang terbuka. Dalam masa yang sama perbaiki mana-mana kekurangan serta kelemahan dan perbetulkan mana-mana kesilapan. Itu baru betul.

Tapi itu tidak berlaku, PAS hanya akan menerima apa yang telah ditentukan oleh Allah jika kemenangan atau perkara yang baik-baik yang dikurniakan kepada mereka. Tapi kalau kekalahan yang dikurniakan...walaupun mungkin tersembunyi 1001 hikmah disebalik kekalahan itu, jangan haraplah mereka dapat menerimanya. 

Maka UMNO, BN dan SPR lah yang akan mereka jadikan sasaran untuk melepaskan geram, marah dan rasa tidak puas hati. Qada dan qadar Allah akan mereka humbankan kedalam longkang.

Nasib tak baik, para pengundi pun akan turut mereka sumpah seranah sebagai jahiliyah, menolak dan menghancurkan Islam, menolak syurga dan entah apa-apa lagi jenis maki hamun.