Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Monday, August 15, 2011

Harap Pakatan Rakyat Tak Jadikan Pengedar Dadah Yang Mati Ditembak Polis Ini Sebagai Hero.


Gambar hiasan. Tiada kena mengena dengan pengedar dadah yang ditembak di Kajang.

Pakatan Rakyat memang terkenal dengan sikap mereka yang suka membela dan mengangkat penjenayah sebagai hero.

Kalau penjenayah yang tewas ditangan polis itu berbangsa Cina atau India lagi mereka suka. Mereka akan membesar-besarkan kes berkenaan. Mereka juga akan politikkan kes berkenaan cukup-cukup.

Si penjenayah akan digambarkan sebagai tidak bersalah dan amat mematuhi undang-undang. Dan dalam pada masa yang sama, polis akan mereka jaja dan jerit-jeritkan sebagai zalim, ganas, amat jahat dan 'trigger happy'.

Tujuan mereka berbuat demikian sebenarnya hanyalah untuk memburukkan imej pasukan polis dan seterusnya menyemai bibit-bibit kebencian dan kemarahan rakyat kepada kerajaan.

Tapi kalau ada anggota polis yang rebah dan terkorban ditangan penjenayah, mereka akan senyap tidak berbunyi. Jangan harap mereka akan bangkit membela anggota polis yang menjadi mangsa keganasan penjenayah.

Semalam pasukan polis telah menembak mati seorang pengedar dadah di Kajang. Si penjenayah telah diminta untuk menyerah diri namun dia tetap berdegil dan melepaskan tembakan kearah pasukan polis.
Degil Sampai Mati


KAJANG: Polis menembak mati seorang lelaki yang dipercayai aktif sebagai pengedar dadah sekitar Kajang dalam kejadian berbalas tembakan di Apartmen Flora, Taman Impian Ehsan, di sini, awal pagi semalam. 
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, polis terpaksa melepaskan tembakan terhadap suspek yang berusia 34 tahun kerana bertindak agresif selepas dia menembak seorang anggota polis ketika diminta menyerah diri.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, selepas menerima maklumat berkaitan kumpulan pengedaran dadah di rumah berkenaan sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang diarah melakukan serbuan.

Beliau berkata, polis berjaya menahan lima daripada tujuh suspek iaitu empat lelaki dan seorang wanita berusia 22 hingga 47 tahun yang berada di ruang tamu rumah berkenaan kerana tidak sempat melarikan diri ketika serbuan dijalankan.

“Manakala suspek yang ditembak mati dan seorang lagi suspek wanita berjaya melarikan diri dengan memasuki sebuah bilik di dalam rumah berkenaan mengelak dari dicekup pihak berkuasa. (sumber: Harian Metro)
Horas! pernah menulis tentang perangai gampang pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang suka membela dan mengangkat penjenayah sebagai hero. Baca disini.

Baik pemimpin dari PAS atau PKR...sama saja perangainya. DAP usah ceritalah...memang itu kepakaran mereka. Kalau dapat menganjing-anjingkan polis, lagi mereka suka.