Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Thursday, August 25, 2011

Isu Lynas: Tuan Ibrahim Macam Budak-Budak, Minta Projek Lynas Dipindahkan Ketepi Rumah Dr. Che Rosli.



Isu projek Lynas di Gebeng Kuantan benar-benar memerangkap dan menjadikan PAS huru hara.

Setelah sekian lama mereka jadikan isu projek tersebut sebagai modal untuk menipu dan menjaja fitnah memburukkan kerajaan pusat bersama PKR, akhirnya semalam mereka tersungkur ketanah.

Tambah memalukan apabila penipuan dan fitnah mereka selama ini bukan didedahkan oleh UMNO atau kerajaan pusat, tapi didedahkan oleh Dr Che Rosli Che Mat, ahli parlimen PAS dari Hulu Langat.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man cukup marah dengan apa yang telah dilakukan oleh Dr Che Rosli itu, tambahan pula pakar sains nuklear itu ada menyebut bahawa beliau telah dihalang oleh Penerangan PAS Pusat daripada tampil menyatakan perkara yang sebenar tentang isu projek Lynas.

Yang kelakarnnya, kerana tidak dapat mengawal perasaan marahnya, perangai Ketua Penerangan PAS Pusat yang selalu nampak tenang itu turut bertukar menjadi seperti perangai budak-budak apabila meminta projek Lynas itu dibawa ke tepi rumah Dr Che Rosli sendiri.

Geli benar hati Horas! apabila memikirkan masih ada rupanya sikap kebudak-budakan dan sikap tidak matang yang masih bersisa dalam diri Tuan Ibrahim Tuan Man yang dah berumur itu.

Kesimpulannya, kemelut yang melanda PAS berhubung isu Lynas ini menunjukkan kepada kita semua betapa buruknya perangai pemimpin-pemimpin PAS. 

Mereka jaja keseluruh ceruk rantau bahawa mereka akan memartabatkan Islam, tapi hakikatnya perangai dan sikap mereka amat buruk sekali.

Kerana mahu mendapat kuasa yang diidamkan, mereka sanggup menyembunyikan kebenaran demi untuk memfitnah dan memburuk-burukkan pihak yang mereka jadikan musuh.

Dan yang paling parah, mereka turut menghalang ahli-ahli dan penyokong mereka daripada menyatakan kebenaran sedangkan sikap terpuji seperti itu amat dituntut oleh Islam yang mereka mengaku memperjuangkannya.