Isu cubaan memurtadkan sekumpulan penganut Islam di Gereja Methodist Damansara Utama masih hangat diperkatakan.
Macam-macam kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin PAS berkaitan isu itu. Kebanyakan daripada mereka nampaknya mengambil pendekatan menghentam JAIS dan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Hasan Ali.
Tapi dalam pada masa yang sama, mereka pakat-pakat pula membela gereja serta pastor kristian yang terlibat.
Seperti biasa yang paling berang sekali dengan tindakan JAIS itu adalah Khalid Samad, yang selama ini memang terkenal dengan sikap gampangnya yang mesra membabi buta dan tunduk pada gereja.
Yang cerdik melepaskan diri adalah Nik Aziz. Penjaga Serambi Mekah itu cepat-cepat melepaskan tengkuknya sendiri dan tidak mahu masuk campur atau ambil tahu tentang isu murtad berkenaan.
Kata Nik Aziz, "saya sebenarnya tidak mahu ulas perkara ini dan saya serahkan ianya kepada kebijaksanaan pucuk pimpinan kerajaan Selangor sendiri" (sumber haramkahdaily).
Nampaknya Nik Aziz langsung tidak gusar dengan usaha-usaha memurtadkan umat Islam yang kini sedang rancak dijalankan di Selangor.
Apa yang lebih merisaukan wali keramat PAS itu adalah jika isu murtad berkenaan menampakkan kelemahan PAS dan sekaligus memberi ruang pada UMNO mengambil kesempatan di atas apa yang berlaku.
Jelaslah pada kita semua bahawa apa yang ada didalam kepala Nik Aziz hanyalah keinginan untuk memperolehi kuasa politik.
Dalam keadaan dimana umat Islam cuba dimurtadkan pun Nik Aziz masih melihatnya dari sudut keuntungan dan kepentingan politik PAS dan Pakatan Haprak.
Soal menjaga kepentingan agama Islam dan umatnya!!!?......pandai-pandai kau orang lah.