Ada sumber (dari tranungkite.net) yang mengatakan beberapa gareja di Kuala Lumpur dan Selangor ada menyediakan dan memberi makanan secara percuma kepada mereka-mereka yang memerlukan.
Pihak gereja berkenaan tidak mengambil kira siapa yang datang menikmati makanan percuma yang mereka sediakan itu.
Tapi jika yang datang itu adalah penganut-penganut dari agama yang lain, mereka amat dialu-alukan oleh pihak gereja.
Jangan terkejut kerana yang paling ramai sekali datang untuk makan percuma adalah dari kalangan pengemis dan juga dari kalangan keluarga miskin Melayu yang sudah pastinya beragama Islam.
Mereka akan didekati dan dilayan dengan penuh mesra oleh pihak gereja. Dengan secara perlahan-lahan mereka juga akan didakwah secara halus tentang agama, sembahyang, doa dan nyanyian Kristian.
Antara gereja-gereja yang menyediakan atau menaja makanan percuma untuk diberikan kepada mereka-mereka yang memerlukan mengikut sumber tersebut ialah:-
1. Gereja Bukit Nanas - Makanan tengahari disediakan setiap hari.
2. Berhampiran Gereja Bukit Nenas - Makanan disediakan pada hari Ahad. Program ini dinamakan "Foods Not Bomb"
3. Tingkat 2 Bus Stand Klang, Petaling Street - Setiap pagi.
4. Gereja St Mary berdekatan Dataran Merdeka - Setiap pagi Rabu.
5. Grace Community di Wisma Bunus berdekatan
Jakan TAR - Setiap petang Ahad.
6. Gereja Kedai Bangsar Utama berdekatan Pejabat Malaysiakini - Setiap hari.
7. Pusat Gereja Bukit Bintang - Setiap malam Khamis.
Sebuah pusat kesihatan Kristian yang berada di Rawang yang memberikan rawatan percuma kepada individu-individu yang layak dan majoriti pesakitnya adalah dikalangan orang-orang Melayu.
Nampaknya kaedah utama yang mereka gunakan untuk mendekati umat Islam adalah melalui pengisian PERUT terlebih dahulu yang kemudiannya disusuli dengan pengisian DAKWAH.
Jika benar apa yang dikatakan oleh sumber itu, kerajaan kena pandang serius dan siasat perkara ini.
Jangan hanya bila mereka sampai dah tertarik kepada agama Kristian dan murtad baru kita nak kecoh dan kelam kabut nak ambil pendekatan itu dan ini..
Punca yang menyebabkan mereka jadi begitu wajib dikenal pasti, ditangani serta diatasi.
Nak harapkan PAS jauh panggang dari api. Mereka lebih utamakan undi daripada menjaga akidah umat Islam. Orang Islam nak murtad pun puak PAS tak berapa nak peduli, malah pihak yang cuba menghalang perkara tersebut pulak yang mereka hentam cukup-cukup.
PKR lagilah tak guna. Duit zakat di Selangor dulu pun pernah mereka nak rembat kononnya dicadangkan untuk digunakan oleh bukan Islam yang tak ada kena mengena atau termasuk dalam asnaf.