Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Tuesday, August 23, 2011

Zuraida Mak Lampir Akan Mula Tidur Menonggeng Malam Ini.



Minggu lalu Zuraida Mak Lampir yang juga Ketua Wanita Parti Kencing Rakyat ada membuat pendedahan kononnya kerajaan mensyaratkan pendatang asing tanpa izin (PATI) supaya membaca ‘skrip bersumpah’ dengan menyatakan sokongan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) sebagai sebahagian proses pemutihan.

Antara yang yang terkandung didalam 'skrip bersumpah' yang didedahkan oleh Mak Lampir itu ialah, "Saya / suami / isteri /anak-anak tanpa berbelah bagi akan menyokong/mengundi UMNO / Barisan Nasional (BN)".


Pendedahan yang dibuat oleh Mak Lampir itu disambut dengan sorak sorai oleh juak-juak dan blogger yang pro kepada Pakatan Haprak. Pada otak dungu mereka, apa yang didedahkan oleh Mak Lampir itu adalah benar dan tiada dakwa dakwi lagi. 

Habis UMNO, kerajaan, KDN dan Jabatan Imigresen mereka sumpah seranah dan maki hamun.

Malah mereka dengan angkuh dan sinis mencabar kerajaan atau Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyaman Zuraida Mak Lampir dan Parti Kencing Rakyat jika apa yang didedahkan itu tidak benar.

Hari ini harapan juak-juak dan blogger pro Pakatan Rakyat ditunaikan oleh KDN. KDN telah mengambil keputusan untuk menyaman Ketua Wanita PKR berkenaan fitnah yang dibuatnya itu.

Pagi tadi Jabatan Imigresen Selangor juga telah membuat laporan polis terhadap terhadap Zuraida Mak Lampir sebagai langkah pertama sebelum tindakan lanjut diambil sebagai susulan. 

Padan muka kamu wahai Zuraida Mak Lampir. Kuat sangat buat fitnah, sekarang rasakan. Sudahlah dikantoikan oleh rakan sendiri bahawa dokumen yang didedahkan itu adalah dokumen olek-olok (baca disini), sekarang dah nak kena saman pula dengan KDN.

Tidur menonggenglah kamu malam ini memikir untung nasib.