Setelah habis bercerita pasal kambing darah tinggi, potong atas atas bawah dan entah apa-apa lagi dalam usahanya menjawab soalan Dr Asri, sudahnya Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man hanya mampu mengakui PAS ada berubah dalam soal ijtihad.
Kalau dulu, untuk menyerang dan memburukkan UMNO mereka katakan haram mengundi dan melantik bukan Islam sebagai pemimpin, kini mereka sendiri menyokong dan mengangkat kafir sebagai pemimpin.
Sikafir yang mereka jadikan pemimpin itu dipuji pula tinggi melangit dan digambarkan seolah-olah sebagai manusia yang paling sempurna dan tiada tolak bandingnya.
Video ini membuktikan PAS sanggup memutar belit dan mengubah apa yang ulamak mereka sendiri ijtihadkan demi untuk kepentingan politik dalam usaha mengejar undi bukan Islam.
Kesimpulannya, berkawan rapat dengan DAP menyebabkan PAS benar-benar berubah. Dan PAS juga semakin jahanam sedikit demi sedikit.